KARAKUM | Karakum ialah gurun luas yang meliputi sebahagian besar Turkmenistan. Karakum meliputi kawasan seluas 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
SCARBOROUGH | Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England, meliputi pelabuhan dan bandar peranginan Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga sebahagian daripada Taman Negara North York Moors. | UMUM | |
MALI | Mali ialah negara yang besar di bahagian barat Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi separuh negara ini di bahagian utara. Padang rumput yang beralun meliputi kebanyakan bahagian lain Mali. | UMUM | |
SUNGAI MURRAY | Sungai Murray dan cawangan-cawangan sungainya membentuk sistem sungai terbesar di Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi 1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai Murray yang utama ialah Sungai Darling yang berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560 kilometer panjang. Sungai Murray-Darling merupakan sistem sungai yang keempat terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut berukuran sejauh 3782 kilometer. | UMUM | |
ARGENTINA | Argentina ialah negara yang kedua terbesar dari segi keluasan dan penduduk di Amerika Selatan. Hanya Brazil meliputi keluasan yang lebih besar dan mempunyai lebih ramai penduduk. Argentina berbentuk panjang tirus dan meliputi selatan Amerika Selatan. Ia menganjur dari Chaco Bolivia di utara hingga ke Terusan Beagle di selatan. | UMUM | |
TAMAN NEGARA GRAND CANYON | Taman Negara Grand Canyon, di Amerika Syarikat, meliputi sebahagian besar Grand Canyon, sebuah daripada ngarai yang paling hebat di dunia. Sungai Colorado mengalir melalui ngarai yang terbentang seluas 446 kilometer di barat laut Arizona. Sebahagian daripada ngarai tersebut sedalam 1.5 kilometer dan 29 kilometer lebar. Taman ini juga meliputi bukit yang curam dan puncak menara batu yang tinggi. | UMUM | |
MACEDONIA | Macedonia ialah kawasan bersejarah di Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah. Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas 34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia menjadi kuat pada zaman purba, apabila pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan Macedonia di seluruh empayarnya. | UMUM | |
SAINS | Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas yang menangani fakta cerapan dan hubungan antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal daripada perkataan Latin scientia yang bererti pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains mencari bukti tentang asal usul alam semesta. Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian, atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara dunia berfungsi. | UMUM | |
ARTILERI | Artileri meliputi meriam beroda atau pelancar roket yang terlalu besar atau terlalu berat untuk dikelaskan sebagai senjata kecil. Biasanya sebarang meriam atau pelancar yang menggunakan amunisi yang berdiameter 2.5 sentimeter atau lebih dan yang tidak ditembakkan dari tangan atau dari bahu dikenali sebagai artileri . | UMUM | |
PNEUMOTORAKS | Pneumotoraks ialah udara atau gas yang terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding dada. Satu membran yang tipis dan berterusan dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar paru-paru dan bahagian dalam dinding dada. Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang berhampiran rapat pada bahagian dalam dada. Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti udara dan gas yang banyak terdapat di antara bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru- paru di bahagian itu tidak akan dapat mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran bernafas dan paru-paru akan menguncup. | UMUM | |