KAUNTERPOIN | Kaunterpoin ialah istilah muzik bagi dua atau lebih melodi bebas yang dimainkan serentak. Kaunterpoin juga dikenali sebagai polifoni. | UMUM | |
MADRIGAL | Madrigal ialah sejenis muzik yang dua atau lebih suara menyanyikan melodi yang berbeza, dari sebuah teks. Madrigal pada umumnya dinyanyikan dengan satu suara untuk satu bahagian tanpa diiringi sebarang alat muzik. | UMUM | |
KANON | Kanon ialah gubahan muzik yang mengandungi dua atau lebih suara atau alat muzik yang mengulangi satu melodi. | UMUM | |
SONDHEIM, STEPHEN | Sondheim, Stephen (1930– ) ialah penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk drama Sunday in the Park with George (1984). Dia memenangi Academy Award untuk lagu “Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990). | UMUM | |
SCHUBERT, FRANZ PETER | Schubert, Franz Peter (1797–1828) ialah penggubah muzik Austria yang menulis pelbagai gubahan muzik yang mengagumkan dalam pelbagai bentuk. Dia adalah salah seorang pencipta melodi yang hebat dan mungkin penggubah lieder (lagu kesenian Jerman) yang terpenting. | UMUM | |
PIANO | Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan kelajuan yang tinggi. | UMUM | |
ORFF, CARL | Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya menggabungkan muzik instrumental, nyanyian, dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat. Dia menggunakan peralatan perkusi untuk menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga. Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa yang dinyanyikan secara serentak. | UMUM | |
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH | Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang berkesan. | UMUM | |
SCHOENBERG, ARNOLD | Schoenberg, Arnold (1874–1951), mungkin merupakan penggubah muzik yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an. Nama Schoenberg juga dieja Schönberg. Pada tahun 1908, Schoenberg mula menulis muzik yang atonal , iaitu muzik yang kurang satu kekunci. Penggunaan atonal akhirnya membawa kepada pembentukan sistem 12 nada. Dalam sistem 12 nadanya, bahan melodi dan harmoni nada adalah berdasarkan urutan khusus 12 nota pada skala kromatik yang dikenali sebagai baris atau set 12 nada. Cara gubahan ini dikenali sebagai serialisme. | UMUM | |
BORODIN, ALEXANDER | Borodin, Alexander (1833–1887) ialah penggubah Rusia. Muziknya menunjukkan bakatnya dalam melodi, dan perasaannya terhadap pengorkestraan dan ritma. Gubahan Borodin yang terkemuka ialah operanya, Prince Igor, yang kali pertama dipersembahkan pada tahun 1890. | UMUM | |