Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.lo.dra.ma] | ميلودراما

Definisi : (mélodrama) pementasan atau persembahan drama (sandiwara dll) yg banyak menunjukkan ciri atau episod penuh sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.lo.dra.ma] | ميلودراما

Definisi : /mélodrama/ drama yg menyentuh perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melodrama


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARDOU, VICTORIEN

Sardou, Victorien (1831–1908) ialah salah seorang

daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada

zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan

( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887)

dan drama sejarah ( Madame Sans–Gêne, 1893).

Karya Sardou adalah contoh drama yang baik

yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan

formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur

tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam.

Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon

wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris.

UMUM 
ANDERSON, MAXWELL

Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama

Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme

ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama

realistik, termasuk drama perang What Price Glory?

(bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan

melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi

sumbangannya yang utama ialah drama sejarah,

drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan

semula tragedi hero tradisional dalam teater moden.

UMUM 
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM 
BANGSAWAN

BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas