ABDULAZIZ H.M. | ABDULAZIZ H.M. (1949-1996), penyair dan aktivis teater. Dia lahir pada 19 November 1949 di Kampung Padang Raja, Melor, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Yahya. | SASTERA | Konsep |
LONG BAHAR | LONG BAHAR ( ? -1733), Sultan Kelantan (m.m. 1721-1733). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Bahar dikenal juga dengan nama Tuan Besar. Sebelum menetap di negeri Kelantan, Long Bahar dikatakan telah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Tuan Nik atau Tuan Sulaiman dan Tuan Melor. Semasa di Kelantan dia memperoleh beberapa orang anak, antaranya Tuan Kundor dan Tuan Nik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA OMAR | RAJA OMAR ( ? -1721), Sultan Jembal (1675/1686-1721). Mengikut sumber sejarah Kelantan, pada awal abad ke-17, ada sebuah negeri atau kerajaan bernama Jembal di Kelantan. Pada tahun 1638, Jembal diperintah oleh seorang raja bernama Raja Sakti. Baginda mempunyai empat orang putera, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Omar dan Raja Sungai serta tiga orang puteri, iaitu Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor dan Puteri Cempaka Bongsu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |