APOSISI | Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif dan adverba. “Abraham Lincoln , (who was) the 16th President of the United States, was assassinated” aposisi adalah kata nama. “The crowd, (which was) axious to escape danger , began to panic” adalah aposisi adjektif. “The man shouted loudly, (which was) even frantically , to calm the crowd” adalah aposisi adverba. | UMUM | |
DARIUS III | Darius III (330–380 S.M.) ialah raja Parsi yang terakhir. Dinasti ini berjaya meluaskan empayar-empayar besar dunia, iaitu di barat Asia pada abad ke-6 SM. | UMUM | |
ORANG SAMNIT | Orang Samnit ialah golongan puak purba di tempat yang kini selatan Itali. Orang Samnit ini dikenali terutamanya kerana perlawanannya yang sengit menentang orang Rom. Orang Rom meluaskan empayarnya ke wilayah Samnit pada tahun 300-an S.M. Orang Rom dikalahkan oleh orang Samnit dalam Pertempuran Caudine Forks, tetapi pada tahun 290-an S.M., orang Samnit dikalahkan oleh orang Rom. Kejadian ini dengan ketaranya mengurangkan penduduk Samnit. Dalam Perang Sosial pada tahun 80-an S.M., orang Samnit dihancurkan oleh orang Rom. Orang Samnit kemudiannya menerima dan mengamalkan adat resam dan bahasa Rom. | UMUM | |
NEGERI-NEGERI SELAT | NEGERI-NEGERI SELAT, gabungan tiga negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai), Melaka dan Singapura. Gabungan ini telah diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1826 sebagai lanjutan daripada usaha meluaskan kuasa dan perdagangan mereka di Asia Tenggara. Ketiga-tiga negeri itu telah diambil lebih awal lagi. Pulau Pinang diambil dari Kedah pada tahun 1786, Singapura diduduki pada tahun 1819 dan Melaka dapat dikuasai selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NEBUCHADNEZZAR | Nebuchadnezzar ialah nama dua raja Babylon. Nebuchadnezzar I (memerintah dari tahun 1124 S.M. hingga tahun 1103 S.M.) ialah raja yang agung dalam dinasti kedua Isin, iaitu jurai raja-raja Kassite di Babylon. Baginda memperoleh kegemilangannya dengan membebaskan Babylon daripada kekuasaan orang Elam dan meluaskan pemerintahan Babylon ke Elam, sebuah negeri di utara Teluk Parsi. Pengisahan Nebuchadnezzar tentang pertempuran Elam ialah dokumen Babylon purba yang menarik. | UMUM | |
MEMBACA | Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan makna daripada perkataan bercetak atau bertulis. Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan satu daripada kemahiran yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah kunci kepada semua jenis maklumat. Ia membolehkan kita mempelajari cara membina atau memasang benda, menikmati cerita, mengetahui kepercayaan orang lain, melatih imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina idea dan kepercayaan kita sendiri. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN BERGERAK | Perpustakaan bergerak ialah kenderaan bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang memberi pinjaman buku kepada masyarakat tempatan. Perpustakaan awam lazimnya menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu cara untuk meluaskan perkhidmatannya. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya, Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa. Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang. Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang berpusat di Melaka. | UMUM | |
MONTROSE, MARQUESS OF | Montrose, Marquess of (1612–1650), James Graham Montrose, ialah penyokong setia raja Scotland yang terkemuka semasa Perang Saudara Inggeris pada pertengahan dan akhir tahun 1640-an. Pada tahun 1644, tentera Ireland dan Highlander di bawah pemerintahannya memenangi Pertempuran Tippermuir dengan menawan Aberdeen dan memenangi Pertempuran Inverlochy. Kemenangannya di Kilsyth pada tahun 1645 telah meluaskan kawalannya ke atas kebanyakan kawasan di Scotland, mengalami kekalahan dalam Pertempuran Philiphaugh pada tahun yang sama. | UMUM | |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |