PERMAINAN KASUT RODA | Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan menggunakan kasut roda . Sesetengah orang meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman, sementara yang lainnya meluncur di gelanggang luncur dalam bangunan bersama iringan muzik. Ramai juga yang mengambil bahagian dalam pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin, pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada tahun 1760. | UMUM | |
SUGAR GLIDER | Sugar glider ialah marsupial kecil di Australia yang boleh meluncur sehingga 50 meter di antara satu pokok dengan pokok lain. Ia boleh berlari merentasi tanah lapang untuk mendapatkan serumpun pokok lain. | UMUM | |
IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
NAGA TERBANG | Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20 sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap” pada sisi badannya. Pada musim mengawan, serangga jantan mengembangkan “sayap” yang berwarna terang untuk menarik perhatian serangga betina. | UMUM | |
KATAMARAN | Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai dua badan. Keringanannya dan badannya yang berkembar, nipis dan dangkal membolehkan katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun. Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor. | UMUM | |
SUKAN KERETA LUNCUR | Sukan kereta luncur juga dikenali kereta gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua atau empat orang meluncur di lereng yang curam dengan menggunakan kereta luncur salji yang diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150 kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa keseluruhan yang paling cepat selepas menghabiskan empat pusingan memenangi acara ini. | UMUM | |
AEROBIK | Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. | UMUM | |
TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
TERJUN UDARA | Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh secara bebas sebelum payung terjun kembang. Penerjun udara biasanya terjun pada altitud sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih daripada 160 kilometer sejam. Mereka mengembangkan payung terjun pada altitud 600 meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam. Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter. Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan penerjun udara terjun bebas bersama-sama membuat formasi berbentuk geometri. | UMUM | |
AUTOGIRO | Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara. Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang menarik kenderaan itu meluncur di udara. | UMUM | |