Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.ru] | ملورو

Definisi : menggosok supaya ber­cahaya (labu dll), menggilap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.ru] | ملورو

Definisi : datang dgn cepat (kerana hendak mendapatkan sesuatu), mengejar dgn cepat: ia ~ ke pintu mendapatkan anak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.ru] | ملورو

Definisi : datang dgn cepat; berkejar dgn cepat: Dia ~ ke jalan raya utk menyelamatkan budak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luru
Kata Terbitan : meluru,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SAMBAR

Burung sambar ialah nama bagi empat

kumpulan burung yang berbeza. Antara keempat-empat

kumpulan ini terdapat lebih daripada

700 spesies. Banyak burung sambar memakan

serangga terbang, yang ditangkap dengan meluru

keluar dari tempat bertenggeknya.

UMUM 
DARTER

Darter ialah mana-mana satu daripada kira-kira

140 spesies ikan air tawar yang kecil yang

tergolong dalam famili perch. Darter terdapat

di perairan Amerika Utara di sebelah timur

Pergunungan Rocky, dari tengah Kanada hingga ke

utara Mexico. Ikan ini mendapat namanya daripada

cara ia meluru dari setempat ke setempat.

UMUM 
ROADRUNNER

Roadrunner ialah burung yang terbang pantas,

yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak

samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa

tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24

kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya

daripada tabiat burung ini yang suka berlari di

jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak

dan kemudian meluru ke dalam semak samun

untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi

burung ini termasuk chaparral cock, ground

cuckoo dan snake killer.

UMUM 
SUNGAI RHÔNE

Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang

penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana

keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di

glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian

melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang

dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps

Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir

keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik

Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier

di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini

selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi

inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron,

untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône

yang meluru seperti anak panah.”

UMUM 

Kembali ke atas