KAUNSELING | Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. | UMUM | |
KECERDASAN | Kecerdasan. Manusia mempunyai perbezaan dalam kecepatan mereka mempelajari sesuatu perkara dan sebaik serta selama mana mereka mengingati sesuatu idea. Mereka juga berbeza dalam keupayaan untuk memahami idea dan menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, sesetengah orang boleh menyelesaikan masalah matematik dengan cepat. Sesetengahnya pula boleh memahami dengan cepat cara mesin beroperasi. Ada pula orang yang dengan mudah dapat mempelajari perkataan baru atau bahasa asing. Kesemua keupayaan ini – dan banyak lagi – ialah faktor yang dinamakan kecerdasan. | UMUM | |
TEORI SET | Teori set ialah satu cara untuk menyelesaikan masalah matematik dan penaakulan. Dengan mengkaji teori set, anda boleh memahami aritmetik dan matematik secara keseluruhannya dengan lebih baik. | UMUM | |
SKEPTISISME | Skeptisisme adalah pergerakan falsafah pada zaman Yunani. Kumpulan ini mencuba melemahkan kepercayaan dalam pemerhatian dan taakulan, sebagai panduan yang boleh dipercayai untuk memahami dunia, dan mereka bertegang leher tentang semua kumpulan falsafah dogmatik. Mereka percaya bahawa manusia dapat memastikan cara pemerhatian mereka tetapi tidak dapat memastikan bahawa pemerhatian mereka membayangkan dunia nyata. Mengikut kumpulan Skeptik, manusia mesti mengetepikan keputusan tentang kebenaran atau kepalsuan dalam persepsinya. | UMUM | |
TERMODINAMIK | Termodinamik ialah kajian tentang pelbagai bentuk tenaga, seperti haba dan kerja, dan tentang penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada satu bentuk lain. Jurutera, ahli kimia, dan ahli fizik menggunakan prinsip termodinamik untuk memahami kejadian dalam alam semula jadi dan dalam aktiviti seperti mereka bentuk mesin dan mengira kehilangan atau pertambahan tenaga dalam tindak balas kimia. | UMUM | |
PSIKOLOGI | Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan saling berhubungan antara satu dengan lain, dan dengan persekitarannya. Mereka mencari pola yang akan menolongnya memahami dan meramalkan tingkah laku, dan mereka menggunakan kaedah saintifik untuk menguji ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat menolong manusia memenuhi potensi sebagai manusia, dan meningkatkan pemahaman antara individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan. | UMUM | |
DIALEKTIK MATERIALISME | Dialektik materialisme ialah satu kaedah memahami realiti, sama ada realiti itu berbentuk fikiran, emosi, atau dunia materi itu sendiri. | FALSAFAH | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
PIDATO UMUM | Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang berkesan merupakan satu bahagian penting dalam latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau benar-benar mengubah pandangan mereka. Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak mereka mempamerkan sambutannya melalui tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan mereka terhibur. | UMUM | |