Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN

Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan

yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang

Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas

dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di

sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai

kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang

jururawat berkemungkinan memakai pakaian

seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di

London berkemungkinan memakai sut perniagaan

dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang

memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya

merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama

seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian

merupakan salah satu daripada keperluan manusia

yang sangat penting.

UMUM 
ALL BLACKS

All Blacks ialah pasukan Kesatuan Ragbi

Kebangsaan New Zealand. Mereka memakai jersi

hitam, seluar hitam, dan stoking hitam ketika

bermain.

UMUM 
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
NASIR, AL-UMAWIY AL-

Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.)

ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di

kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di

Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman

ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn

‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham

ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan

meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam

keadaan yatim di bawah jagaan datuknya.

UMUM 
TINJU

Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung

antara satu sama lain dengan menggunakan

penumbuk mereka. Petinju memakai sarung

tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan

segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan

gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara

dua petinju yang setanding memperlihatkan

kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas.

UMUM 
PIN

Pin ialah logam yang pendek dan tajam.

Ia digunakan terutamanya untuk menyemat dua

atau lebih kain sekali. Manusia juga memakai pin

sebagai barang kemas.

UMUM 
SUAMI RATU

Suami ratu ialah suami kepada ratu yang sedang

memerintah. Di negara-negara yang membolehkan

puteri raja mewarisi takhta kerajaan, suaminya

tidak memakai gelaran raja.

UMUM 
PUNCH DAN JUDY

Punch dan Judy ialah watak utama dalam

sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di

England . Punch ialah si bongkok yang berhidung

bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali .

Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan

Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita

jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan

itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar

dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada

kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka

pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya

mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat.

UMUM 
STOKING

Stoking ialah sarung kaki yang disarungkan

muat-muat pada sebahagian atau seluruh kaki.

Tight atau pantihose ialah stoking yang menutupi

seluruh kaki hingga ke pinggang. Kita memakai

stoking terutamanya untuk keselesaan, rasa panas,

hiasan, dan untuk melindungi kasut daripada peluh

dan bau kaki.

UMUM 
OUDTSHOORN

Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah

kawasan pelancongan yang terletak di provinsi

Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali

sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”.

Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu

burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah

menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman

kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara

lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini,

terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang

dipelihara terutamanya untuk mendapatkan

kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini,

peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin,

buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan

walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas