Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.nah] | ممانه

Definisi : 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.nah] | ممانه

Definisi : 1 menuju sesuatu dgn anak panah; melepaskan anak panah (pd): Sang pemburu berjaya ~ seekor kijang. Di samping belajar menunggang kuda, putera itu belajar ~ juga. 2 ki bergerak dgn amat cepat: Pasukan pihak Berikat telah ~ ke Berlin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memanah

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMANAH

Memanah ialah sejenis sukan yang

menggunakan busur dan anak panah. Pemanah

yang terlibat dalam sukan ini boleh mengambil

seberapa banyak acara yang dipertandingkan.

Antara yang paling popular melibatkan acara

memburu, pemanahan sasaran, pemanahan

padang, dan pemanahan udara. Bagi acara

memburu, pemanah menggunakan busur dan anak

panah. Sukan jenis ini menyalahi undang-undang

hampir di semua negara, termasuk juga Britain.

Bagi pemanahan sasaran dan pemanahan terbuka,

pemanah bertanding dengan memanah sasaran.

Sementara dalam pemanahan udara, pemanah

dikehendaki memanah ke suatu jarak yang jauh.

Ramai pemanah amatur dari seluruh dunia

menyertai pertandingan memanah yang dianjurkan

di peringkat antarabangsa. Memanah merupakan

salah satu acara yang dipertandingkan di Sukan

Olimpik Musim Panas.

UMUM 
ANAK PANAH

Anak panah lihat Memanah.

UMUM 
TELL, WILLIAM

Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia

mewakili semangat gerakan kemerdekaan

Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun

1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang

paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang

bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua

rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya

di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang

tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap.

Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia

dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas

kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan

berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti

membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell

ditangkap dan dirantai.

UMUM 
SA‘D IBN ‘UBADAH

Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr

r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM 

Kembali ke atas