Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : (mémang) sesungguhnya, sebenar­nya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : /mémang/ sudah begitu halnya; sudah tentu: ~ benar kata guru itu. sememangnya sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARISTIDES

Aristides (530?–468? S.M.) yang dikenali sebagai

“Just” ialah negarawan dan pemimpin tentera

Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles,

yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa

tentera laut. Aristides berpendapat bahawa

memang baik sekali Athens mengekalkan tentera

darat yang berkuasa berbanding dengan tentera

laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera

Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun

490 S.M. Isu antara mereka berdua telah

diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M.

Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada

Aristides atau Themistocles harus dinyahkan

(dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah

satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar).

Aristides kalah undi dan dibuang negeri.

UMUM 
NORRIS, FRANK

Norris, Frank (1870–1902), novelis dan wartawan

Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris

percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi

untuk tujuan moral. “Novel dengan tujuan,” jelasnya,

“menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan

kepiluan orang lain” dan “membuktikan bahawa

ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak

memang wujud”.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
PIRANDELLO, LUIGI

Pirandello, Luigi (1867–1936) ialah pengarang

Itali yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang

kesu sasteraan pada tahun 1934. Pirandello

terkenal kerana drama falsafahnya. Drama terbaik

ciptaannya membahaskan bahawa kebenaran

sebenar tidak diketahui dan berubah-ubah

mengikut pandangan seseorang. Dia seterusnya

mendakwa manusia memang mempunyai

pelbagai peranan atau matlamat tetapi tiada satu

pun antaranya yang memaparkan ciri sebenar

manusia.

UMUM 
PKMMPKMM, parti politik. PKMM ialah singkatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Penubuhannya ditaja oleh Parti Komunis Malaya yang cuba mencari pengaruh di kalangan orang Melayu yang memang menolak ideologi komunisme selama ini.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAIN MASTULI

KAIN MASTULI, kain tenunan Melayu yang kasar dan kuat. Penenun Kelantan menyebut kain mastuli sebagai kain karat kuping atau kain karat pat, kain buntut siput dan kain mastuli jala. Bagaimanapun di Terengganu, Pahang dan Johor, kain ini memang disebut sebagai kain mastuli.

BUDAYAKraf Tangan
SEKOLAH PERMAISURI

SEKOLAH PERMAISURI,   sekolah perempuan Melayu yang pertama semasa pemerintahan Brooke di Sarawak.  Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1894. Cadangan untuk membuka sekolah Melayu khusus untuk kanak-kanak perempuan pada mulanya memang mendapat tentangan daripada banyak pihak.  Prasangka terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan di kalangan masyarakat Melayu     ketika itu amat tebal, dan keadaan ini tidak mengizinkan mereka belajar membaca dan menulis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ORANG KUBU

ORANG KUBU, suku kaum yang mendiami kawasan hutan paya, di timur Sumatera, Indonesia. Tetapi andaian bahawa nama ‘kubu’ berasal daripada perkataan ‘ngubu’ yang bererti bertahan atau memencilkan diri. Orang Kubu memang suka merantau dan mendirikan tempat kediaman mereka, seolah-olah sedang berkhemah.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS

MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, maktab perguruan melatih guru lelaki dan pencetus gerakan kebangsaan Melayu. Sebelum itu maktab ini terkenal dengan nama Sultan Idris Training College (SITC). Maktab ini ditubuhkan pada 23 November 1922 dengan mengambil nama Sultan Idris, almarhum Sultan Perak, yang memang telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan bagi orang Melayu. Pada 29 November 1922, maktab ini telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TEMPE

TEMPE, sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang diragikan. Tempe popular di kalangan masyarakat Jawa. Ia adalah makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tempe yang dijual di pasar dibungkus berkeping-keping menggunakan daun ketapang. Kini, ada juga tempe yang dibungkus di dalam sarung plastik. Cara ini memang mudah, tetapi rasa tempe tidak sebegitu enak berbanding dengan tempe yang dibungkus di dalam daun.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas