OSILOSKOP | Osiloskop ialah alat elektronik yang memaparkan isyarat elektrik yang berubah-ubah. Isyarat ini muncul sebagai garis lurus atau garis berombak atau dalam pola-pola lain di atas skrin pendarfluor. | UMUM | |
REALISME | Realisme dalam seni lukis ialah usaha untuk memaparkan kehidupan yang sebenar. Bagi ahli realisme, fungsi utama pelukis adalah untuk menggambarkan apa yang diamati melalui deria, setepat dan sejujur yang mungkin. | UMUM | |
MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |
ARCA FARNESE BULL | Arca Farnese Bull merupakan sekelompok arca yang terkenal yang memaparkan satu episod dalam mitologi Yunani. Nama ini berasal daripada Istana Farnese di Rom, yang pernah menyimpan arca ini pada suatu ketika dahulu. Farnese Bull merupakan arca marmar yang menarik yang ditiru daripada arca yang telah hilang yang dibuat oleh pemahat arca Yunani, Appollonios dan Tauriskos dari Tralles pada tahun 100-an S.M. Pemahat arca Rom yang tidak dikenali telah membuat tiruan ini pada tahun 200-an M. Tiruan tersebut ditemui semasa ekskavasi di Rom pada tahun 1500-an, dan bahagian arca yang hilang itu telah dibaik pulih oleh artis Zaman Renaissance. | UMUM | |
STREEP, MERYL | Streep, Meryl (1949– ) ialah seniwati Amerika yang terkenal kerana kepekaannya dalam memaparkan pelbagai watak. Pada tahun 1979, Streep memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem Kramer vs. Kramer dan anugerah pelakon terbaik dalam Sophie’s Choice pada tahun 1982. Pada tahun 1978, Streep memenangi Emmy Award kerana lakonannya dalam drama televisyen Holocaust. | UMUM | |
LESSING, DORIS | Lessing, Doris (1919– ), penulis wanita Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya cerekanya memaparkan penekanan yang begitu mendalam terhadap moral, politik dan sikap psikologi dan juga peranan wanita pada zaman moden. | UMUM | |
AYCKBOURN, ALAN | Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan pengarah teater British, menjadi terkenal kerana komedinya. Banyak komedinya memaparkan pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi (kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di rumah hujung minggu yang sama dari sudut pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart (1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular (1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of Disapproval (1985) dan Henceforward (1987). Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal. | UMUM | |
DICKEY, JAMES | Dickey, James (1923–1997), pemuisi dan novelis Amerika. Dia terkenal terutamanya kerana karyanya yang memaparkan manusia yang menguji naluri kemandirian mereka terhadap manusia lain dan alam. | UMUM | |
SCHULZ, CHARLES MONROE | Schulz, Charles Monroe (1922–2000), pelukis kartun Amerika yang mencipta komik “Peanuts”. Lukisannya yang mudah memaparkan watak kanak-kanak yang sering meluahkan kata-kata yang lucu tetapi bijaksana mengenai kehidupan. Charlie Brown, Lucy, Linus, dan sebagainya – termasuk anjing bernama Snoopy – diminati oleh kanak- kanak dan juga orang dewasa. | UMUM | |
MIKROSKOP KUAR PENGIMBAS | Mikroskop kuar pengimbas adalah mana-mana jenis mikroskop yang mengimbas permukaan bahan dengan penunjuk tajam dan memaparkan hasil di skrin bak televisyen. Penunjuk, dikenali sebagai kuar, boleh jadi sehalus 0.3 daripada satu bilion meter lebarnya – kira-kira selebar atom. Mikroskop kuar pengimbas dapat menyediakan imej tiga dimensi atom individu. Ia menjadi alat penyelidikan yang penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, dan kimia. | UMUM | |