Nelson, Horatio (1758–1805) ialah laksamana
dan wira tentera laut Great Britain yang teragung.
Nelson mengalahkan gabungan tentera Perancis
dan Sepanyol di Trafalgar. Ini merupakan
kemenangan tentera laut yang terhebat dalam
sejarah British. Kemenangannya melemahkan kuasa
tentera laut Perancis, dan memartabatkan
keagungan pemerintahan British di laut sepanjang
tahun 1800-an.
SEKOLAH ALAM SHAH, sekolah menengah berasrama penuh pertama yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah menengah. Sekolah Alam Shah terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan sekolah ini adalah hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Razak pada tahun 1956. Sekolah ini menjadi jambatan yang menyediakan peluang kepada pelajar aliran Melayu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Thanks for clicking. That felt good.