Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.bit.kan] | ممبابيتکن

Definisi : melibatkan seseorang (negara dll) dlm sesuatu perkara: apabila sesebuah negara Komanwel bertelingkah atau berperang, negara itu tidak akan ~ negara-negara Komanwel lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.bit.kan] | ممبابيتکن

Definisi : membawa atau melibatkan seseorang atau sesuatu pihak, negara dsb ke dlm sesuatu perkara: Perselisihan itu tidak ~ pihak lain, cuma antara mereka sahaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membabitkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QISASHukum jenayah Islam yang membabitkan kesalahan membunuh atau mencederakan orang lain.AGAMAKonsep
THE COURT OF HIGH COMMISSION

The Court of High Commission merupakan

mahkamah yang terpenting dalam mahkamah

eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan

untuk mendengar kes yang membabitkan

penentangan terhadap Gereja England. The Court

of High Commission ini diwujudkan pada sekitar

tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya

pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya

berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain

eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan

paderi. Ia juga mendengar kes perceraian.

The Court of High Commission ialah gereja yang

seumpama Court of Star Chamber (lihat Star

Chamber ). Penubuhannya membangkitkan

kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan

bertentangan dengan prinsip common law di

England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di

Court ini adalah antara mereka yang terbabit

dengan persengketaan yang dibicarakan. The

Court of High Commission ini dihapuskan oleh

Parlimen Long pada tahun 1641.

UMUM 
PERKAKAS MESIN

Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan

dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan

digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini

boleh membengkokkan, memotong, menggerudi,

mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi

bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin

yang lebih canggih membabitkan penggunaan

tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan

ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin

disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan

peranan penting dalam pembuatan hampir semua

produk logam, antaranya ialah bahagian basikal,

kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak

produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil,

juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan

menggunakan perkakas mesin.

UMUM 
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 

Kembali ke atas