Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahagi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KALKULATOR

Kalkulator ialah peranti yang digunakan untuk

menambah, menolak, mendarab, dan membahagi

dengan lebih tepat dan cepat.

UMUM 
MESIN JUMLAH

Mesin jumlah ialah alat yang mencampurkan

angka. Ia juga boleh digunakan untuk mendarab

dan membahagi, tetapi kalkulator melakukan

semua kerja ini dengan lebih pantas. Mesin jumlah

digunakan terutamanya untuk mencampurkan

lajur-lajur angka.

UMUM 
KROMOSOM

Kromosom ialah struktur bak benang yang terdapat

dalam sel kesemua organisma. Kromosom

boleh dilihat melalui mikroskop sebagai zarah

hanya apabila sel bersedia untuk membahagi

kepada dua sel.

UMUM 
BAHAGI TIGA

Bahagi tiga, perjanjian membahagi hasil pertanian, sama ada padi atau getah, antara pemilik tanah dengan seorang pengerja tanah.

BUDAYAKonsep
SPALLANZANI, LAZZARO

Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli

eksperimen biologi Itali yang membuktikan

bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga

membuktikan bahawa hidupan seni di dalam

makanan boleh dibunuh apabila direbus.

Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel

bakteria yang diasingkan membahagi. Dia

mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat

mengelak tali apabila terbang, dan cicak

salamander boleh mengeluarkan anggota baru

untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di

Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja

Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University

of Padua.

UMUM 
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR

TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR (  ?  - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas