Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.las] | ممبالس

Definisi : 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan;~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.las] | ممبالس

Definisi : 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalas

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat dunia balas-membalas,
     syariat palu-memalu.

Bermaksud :

Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
LIDICE

Lidice, nama sebuah kampung di Czechoslovakia

yang dimusnahkan oleh tentera Jerman dalam

tindakan membalas dendam semasa Perang Dunia

II. Lidice menjadi lambang kekejaman Nazi.

UMUM 
ARSON

Arson ialah perbuatan sengaja membakar

sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam

beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak

membalas dendam terhadap pemilik bangunan

atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk

memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti

pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang

lain, kes arson berpunca daripada perbuatan

vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang

tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu.

UMUM 
PERSETERUAN

Perseteruan ialah persengketaan keluarga yang

pernah menjadi kelaziman di Itali, terutamanya di

Sicily . Dua keluarga akan saling bergaduh dan

selalunya bertindak ganas untuk membalas dendam

ke atas kecederaan atau pembunuhan ahli

keluarganya.

UMUM 
DEKRI MILAN

Dekri Milan ialah langkah asas dalam Sistem

Benua Napoleon, iaitu satu sekatan yang dikenakan

terhadap Great Britain. Napoleon mengeluarkannya

pada 17 Disember 1807 kerana membalas dendam

terhadap Britain.

UMUM 
PERANG UHUD

Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban,

tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam

dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca

berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu

membalas dendam selepas kekalahan mereka di

dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum

Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar

menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera

bermesyuarat dengan para sahabat sama ada

mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan

di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum

muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota

Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud

dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi

semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay

ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300

orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke

Madinah.

UMUM 
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep
PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG

PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SALJUK, KERAJAAN

Saljuk, Kerajaan, sebuah kerajaan yang

diasaskan oleh Dinasti Turki-Islam yang

memerintah Iran, Iraq, Syria dan negara Asia Kecil

pada abad ke-12 dan ke 13 M. Kerajaan Saljuk

dinamakan bersempena nama Saljuk, ketua dinasti

bangsawan Turki, iaitu al-Ghuzza al-Turkamaniyyah

yang pernah berhijrah dan membuat petempatan

di Bukhara. Seorang cucu Saljuk, Tughrul Bek telah

dilantik memerintah Khurasan pada tahun 429 H./

1037 M. Sewaktu kekuasaan Bani Buwayh di

Baghdad semakin lemah, lebih-lebih lagi setelah

mereka melakukan banyak kezaliman, khalifah

Abbasiyyah di Baghdad meminta bantuan daripada

al-Qa’im ibn Amrillah Tughrul Bek untuk

menghapuskan golongan tersebut. Tughrul Bek

segera mara ke Baghdad dan berjaya menewaskan

mereka. Sebagai membalas jasanya, khalifah

Abbasiyyah menganugerahkan gelaran raja kepada

Tughrul Bek sambil memberi kuasa pentadbiran

pada tahun 447 H./1055 M.

UMUM 

Kembali ke atas