DESIBEL | Desibel ialah unit yang digunakan untuk membandingkan tekanan bunyi, voltan, kuasa dan kuantiti akustik dan elektrik lain yang berkaitan. Simbolnya ialah dB. | UMUM | |
KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN | Kadar kelahiran dan kematian merupakan ukuran penting untuk mengetahui perubahan jumlah penduduk. Ia memberikan cara untuk membandingkan trend kesihatan dan maklumat jumlah penduduk dari tahun ke setahun atau dari satu tempat ke satu tempat. | UMUM | |
METER KEUPAYAAN | Meter keupayaan ialah alat yang mengukur arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan dengan membandingkan daya elektromotif yang tidak diketahui dengan daya elektromotif yang diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur kawalan dalam litar dan alat elektronik. Lihat juga Ampere. | UMUM | |
NOMBOR OKTANA | Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan sebaik mana bahan api motor tahan terhadap “ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat. Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan membandingkan kecenderungan ketukan bahan api dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah campuran heptana normal (bahan api cenderung- ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan). Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar, dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15 peratus heptana normal. Kebanyakan petrol mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat juga Petrol. | UMUM | |
TINBERGEN, NIKOLAAS | Tinbergen, Nikolaas (1907–1988) ialah ahli zoologi kelahiran Belanda yang telah mengkaji bagaimana tabiat haiwan disesuaikan mengikut keadaan persekitaran mereka. Dia juga mengkaji evolusi tabiat ini untuk jangka masa berjuta-juta tahun dengan membandingkan tindak-tanduk beberapa spesies haiwan yang berlainan. | UMUM | |
NAIPAUL, V.S. | Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan, pemindahan pelarian, keganasan politik, dan pemencilan menimbulkan kritikan yang membandingkan hasil kerjanya dengan penulis seperti Joseph Conrad, penulis Poland. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERBANDINGAN | Psikologi perbandingan ialah kajian perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies. Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran anak burung, paus, harimau dan haiwan lain. Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan. Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain antara dua rodensia. | UMUM | |
CARTA BAR | Carta bar,gambar rajah atau perwakilan secara grafik untuk membandingkan kategori data dengan menggunakan jalur atau palang yang sama lebar secara melintang atau menegak. | MATEMATIK | Konsep |
CARTA PAI | Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data. | MATEMATIK | Konsep |
ANATOMI | Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh- tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit daripada perkataan Yunani yang bermakna “membedah”, kerana pengetahuan anatomi buat pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan manusia dan haiwan adalah sangat kompleks sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza. Embriologi ialah kajian tentang perkembangan tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat terawalnya. | UMUM | |