NEGARA MEMBANGUN | Negara membangun ialah negara miskin dan negara yang “tidak berada”. Negara seperti ini pernah dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah negara membangun dan negara kurang membangun . Lazimnya negara sedang membangun mengalami kekurangan bahan makanan, kurang sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk seorang individu) KNK, iaitu – KNK dibahagikan dengan jumlah penduduk. | UMUM | |
KUMPULAN 15 NEGARA MEMBANGUN | Kumpulan 15 Negara Membangun atau Group of 15 (G15) ialah kumpulan negara membangun dan berperanan untuk meluaskan kerjasama Selatan-Selatan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA | Persatuan Pembangunan Antarabangsa (International Development Association–IDA) ialah organisasi dunia yang menyediakan pinjaman kepada negara sedang membangun untuk projek pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak mendapat kemudahan pinjaman wang yang mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa. | UMUM | |
SPLIT | Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan Croatia yang membangun daripada bandar purba Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik (lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini memberikan satu contoh yang paling baik tentang seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan penting dan juga pusat bagi perindustrian – terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak tidak jauh dari bandar ini. | UMUM | |
DUNIA KETIGA | Dunia Ketiga ialah nama yang kadangkala diberikan kepada negara yang sedang membangun dari segi ekonomi, terutamanya negara di benua Asia, Afrika, dan Amerika Latin. | UMUM | |
MUTSUHITO | Mutsuhito (1852–1912), menjadi Maharaja Jepun dari tahun 1867 hingga tahun 1912. Jepun membangun dan menjadi kuasa industri dan ketenteraan sepanjang pemerintahannya. Baginda memperkenalkan idea Barat kepada Jepun. | UMUM | |
ROTORUA | Rotorua (pend. 53 702) ialah daerah yang terletak di atas dataran gunung berapi di pulau Utara New Zealand. Kawasan bandarnya telah membangun di sekitar satu bahagian Tasik Rotorua. | UMUM | |
BHUTAN | Bhutan ialah sebuah negara kecil dan merdeka yang membangun di tengah Asia Selatan. Negara ini terletak di timur Himalaya di antara India dan Tibet. | UMUM | |
THAILAND | Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara. Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand merupakan salah satu paling membangun di dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat. Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok, ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand. Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun 1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada tahun 1939, negara ini dengan rasminya menggunakan nama Thailand. | UMUM | |
PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization [WHO]) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan ini membantu menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia, terutama di negara membangun. | UMUM | |