Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangunkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI BINA LANDSKAP

Seni bina landskap melibatkan kerja mereka

bentuk dan membangunkan tanah untuk

digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina

landskap berkaitan dengan kecantikan alam

sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal

untuk menggunakan tanah dan objek-objek di

atasnya. Seseorang yang mendapat latihan

profesional dalam bidang ini dikenali sebagai

arkitek landskap .

UMUM 
DIESEL, RUDOLF

Diesel, Rudolf (1858–1913) ialah jurutera

mekanik Jerman; membangunkan mesin

pembakaran dalam yang menggunakan minyak

sebagai bahan api.

UMUM 
SEURAT, GEORGES

Seurat, Georges (1859–1891) ialah artis Perancis

yang telah membangunkan satu sistem melukis

yang dinamakan pointillisme . Di sebalik

menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik-

bintik rapat yang berwarna terang dan seragam

saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik

tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan

warna lain yang sama terang. Pointillisme

menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan

hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran

manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini

boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon

on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis.

UMUM 
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM 
SAMARIA

Samaria ialah nama bandar dan juga wilayah di

sekitar Palestin purba. Raja Omri membangunkan

Samaria pada kira-kira tahun 800 S.M. dan

menjadikannya ibu negara kerajaan Israel. Raja Omri

menamakannya sempena nama Shemer, pemilik

tanah tempat Samaria didirikan.

UMUM 
SWEDEN

Sweden ialah negara industri yang makmur di

utara Eropah. Penduduk Sweden telah

membangunkan industri yang benar-benar berjaya

berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting

negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih

kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi

yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air.

UMUM 
SHOLES, CHRISTOPHER LATHAM

Sholes, Christopher Latham, (1819–1890)

ialah pencipta dan wartawan Amerika yang

membantu membangunkan mesin taip pertama

yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan

Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada

tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun

1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan

mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya,

James Densmore. Mereka mula membuat mesin

tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya

dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan

Densmore memberi kontrak kepada Remington

and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan.

Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar

kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir

berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika

Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang

berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat

dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes

dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin

penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga

Mesin taip (Sejarah; gambar).

UMUM 
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

agensi utama untuk membantu membangunkan dan memodenkan industri getah Malaysia dalam semua aspek, dari penanaman pokok getah, pengekstrakan dan pemprosesan getah asli, penghasilan produk getah, dan pemasaran getah serta produk getah.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
KAEDAH MONTESSORI

Kaedah Montessori ialah satu sistem

pendidikan yang dicipta untuk membantu kanak-kanak

membangunkan kecerdasan berfikir dan

keupayaan berdikari. Sistem ini dicipta oleh Maria

Montessori, pendidik dan doktor Itali pada awal

tahun 1900-an.

UMUM 
SUNDIATA KIETA

Sundiata Kieta ( ? –1255), memerintah Empayar

Mali, di Afrika Barat dari kira-kira pada tahun 1240

hingga tahun 1255. Dia membantu membangunkan

Mali sebagai salah sebuah empayar terbesar dan

terkaya di rantau itu.

UMUM 
1234

Kembali ke atas