Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantunya

Peribahasa

196

Every flow has its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUCKER

Sucker ialah nama yang diberi kepada beberapa

jenis ikan yang berkaitan rapat dengan famili

minnow. Kebanyakannya mempunyai mulut yang

bibirnya tebal berisi yang membantunya

menghisap haiwan dan tumbuhan di dasar tasik

dan anak sungai. Sucker berwarna malap kecuali

pada musim bunga, apabila sesetengah spesies

sucker jantan bersirip kuning hingga merah dan

berjalur warna ros atau jingga.

UMUM 
SELYE, HANS

Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada

yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang

ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai

stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin

membantunya menemui kefahaman baru tentang

alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi

badan terhadap masalah atau peristiwa dalam

kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya

menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk

menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan

yang tidak menyenangkan.

Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan

kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of

Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia

menubuhkan International Institute of Stress.

UMUM 
NEFERTITI

Nefertiti ialah permaisuri Mesir purba, isteri

kepada Akhenaton, seorang firaun (raja) yang

memerintah dari tahun 1367 hingga tahun 1350

S.M. Akhenaton ialah firaun pertama yang

mengajar monoteisme (kepercayaan terhadap satu

tuhan). Nefertiti menyokong kuat ajaran Akhenaton

dan membantunya dalam upacara agama yang

baru. Zaman pemerintahan Akhenaton dan

Nefertiti dikenali sebagai Revolusi Amarna kerana

mereka banyak melakukan perubahan dalam seni

lukisan, agama, dan amalan sosial.

UMUM 
SEATTLE

Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan

metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar

di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini

merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan

pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik.

Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget,

kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui

Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah

membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan

Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk

Washington tinggal di kawasan metropolitan

Seattle.

UMUM 
TARSIER

Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai

kepala yang bulat dan mata yang luar biasa

besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia

dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat

(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan

Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,

kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek

dan kaki belakangnya panjang yang membantunya

melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.

Kesemua jari tangannya yang panjang dan

kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi

jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai

cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.

Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir

kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar

tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25

sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada

tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier

tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke

pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,

dan cicak kecil.

Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili

tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .

UMUM 
PTARMIGAN

Ptarmigan ialah nama sekumpulan burung yang

menyerupa i grouse. Ptarmigan terdapat di

bahagian utara Hemisfera Utara, seperti Alaska,

Greenland , Iceland, Scotland, Scandinavia , dan

Siberia . Ptarmigan juga terdapat di pergunungan di

Eropah, di kawasan tinggi di Alps dan Pyrenees.

Burung ini boleh dikenali daripada bulunya yang

pendek pada kakinya. Bulu ini membantunya

berjalan di atas salji tanpa terbenam. Pada musim

sejuk, bulu ptarmigan berwarna putih dan burung

ini bersembunyi dalam hanyutan salji untuk

perlindungan. Pada musim luruh, ptarmigan

berwarna kelabu di bahagian atasnya dan putih di

bahagian bawahnya. Pada musim panas, bulunya

berwarna perang kemerahan dan hitam.

UMUM 
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 

Kembali ke atas