TAHALUL | Perbuatan membebaskan diri daripada segala perbuatan yang dilarang semasa dalam ihram, agar kembali mejdai halal. | AGAMA | Konsep |
SUCRE, ANTONIO JOSÉ DE | Sucre, Antonio José de (1795–1830), tokoh yang membebaskan Ecuador dan Bolivia daripada penjajahan Sepanyol dan memegang jawatan sebagai presiden pertama Bolivia. Dia ialah jeneral yang paling berkebolehan pada zamannya. Kemenangannya di Ayacucho pada tahun 1824 menamatkan pemerintahan Sepanyol di Amerika Selatan. | UMUM | |
KELENJAR | Kelenjar ialah tisu atau organ yang menghasilkan dan membebaskan bahan kimia yang berguna. Kelenjar terletak di pelbagai tempat di seluruh badan manusia dan kebanyakan haiwan lain. Bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar melakukan pelbagai fungsi. Contohnya, sesetengah daripada rembesan ini membantu melembapkan kulit. Rembesan yang lain pula membantu penghadaman mengawal pertumbuhan dan perkembangan badan. | UMUM | |
PERGERAKAN FENIAN | Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk membebaskan Ireland daripada pemerintahan Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan. Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan rupa]). | UMUM | |
BONIFACIO, ANDRES | Bapa Kataataasan Kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipunan), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DESSALINES, JEAN JACQUES | Dessalines, Jean Jacques (1758?–1806) ialah pahlawan Haiti. Dia merupakan hamba yang buta huruf yang telah membebaskan Haiti daripada Perancis dan menjadi raja negara itu. | UMUM | |
LESSING, GOTTHOLD EPHRAIM | Lessing, Gotthold Ephraim (1729–1781), penulis drama, pengkritik dan ahli falsafah Jerman. Dia sering dianggap sebagai bapa kesusasteraan moden Jerman. Lessing membantu membebaskan penulisan Jerman daripada belenggu pengaruh neoklasik Perancis. Dia mengalih perhatian para penulis Jerman kepada kesusasteraan Inggeris, khususnya hasil karya Shakespeare. | UMUM | |
ANDRADA E SILVA, JOSÉ BONIFÁCIO DE | Andrada e Silva, José Bonifácio (1763– 1838), ahli sains Brazil dan negarawan yang dikenali sebagai “arkitek kemerdekaan Brazil”. Pada tahun 1822, dia membebaskan Brazil daripada Empayar Portugis, dan berkhidmat dengan maharaja baharu, Pedro I. Dia kehilangan sokongan dan dibuang negeri buat sementara waktu. Sekembalinya di Brazil, Pedro melantiknya sebagai penjaga puteranya, bakal Pedro II (lihat Pedro II ). | UMUM | |
ATHENS | Athens (pend. 748 110; pend. kaw. met. 3 096 775) ialah kota yang paling terkenal dan bersejarah di dunia. Ia menjadi ibu negara Greece pada tahun 1833, setelah penduduk Greece membebaskan diri mereka daripada pemerintahan Turki. Namun, kemasyhuran Athens yang paling unggul bermula pada tahun 400 S.M., apabila ia menjadi kota yang paling berkuasa dan bertamadun di dunia. Nama kota itu dalam bahasa Yunani ialah Athinai. | UMUM | |
TINDAK BALAS KIMIA | Tindak balas kimia ialah proses sesuatu bahan bertukar secara kimia menjadi bahan lain. Semua tindak balas kimia melibatkan pembentukan atau pemusnahan ikatan di antara atom. Tindak balas kimia termasuk pengaratan besi dan penghadaman makanan. Kebanyakan tindak balas kimia membebaskan haba. Misalnya, tindak balas kimia yang berlaku dalam penghadaman membebaskan/ mengeluarkan haba yang menjadikan badan kita panas dan berfungsi. | UMUM | |