Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la.kang.kan] | ممبلاکڠکن

Definisi : 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la.kang.kan] | ممبلاکڠکن

Definisi : meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelakangkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIRA BAI

Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan,

utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam

keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri.

Namun dia meninggalkan segala kemewahan

hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya

pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya

sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan

masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu

yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang

membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi

memuji Krishna menyebabkan keluarganya

memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba

meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia

telah terselamat.

UMUM 

Kembali ke atas