| KEMAHIRAN MENJUAL | Kemahiran menjual ialah kebolehan menjual barang-barang dan perkhidmatan. Kemahiran ini melibatkan pemberitahuan tentang barang keluaran dan perkhidmatan syarikat serta memujuk orang ramai membelinya. | UMUM | |
| PERDAGANGAN BEBAS | Perdagangan bebas ialah polisi yang membenarkan penduduk sesebuah negara membeli dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang penduduknya daripada membeli barangan yang dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan mereka membelinya di negara sendiri. | UMUM | |