Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ben.tang.kan] | ممبنتڠکن

Definisi : 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ben.tang.kan] | ممبنتڠکن

Definisi : 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membentangkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
AL-SYIQAQ I'

AL-SYIQAQ I’, novel yang ke-11 karya Shahnon Ahmad yang dihasilkan pada tahun 1985, mengandungi 85 bab yang membentangkan persoalan hidup ahli-ahli zuriat satu keluarga daripada empat generasi dalam tiga latar yang berlainan.

SASTERAKonsep
PIJNAPPEL, J.PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883.BAHASATokoh

Kembali ke atas