RASUAH | Rasuah ialah perbuatan memberi atau menawarkan sesuatu yang berharga kepada seseorang yang mempunyai kedudukan yang dipercayai sebaliknya melanggar tugas, atau undang-undang untuk memberi faedah kepada pemberi rasuah. | UMUM | |
PASTEUR, LOUIS | Pasteur, Louis (1822–1895), ahli sains Perancis, memberi sumbangan yang besar kepada ilmu kimia, perubatan, dan industri yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria telah menyelamatkan nyawa yang tidak terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli sains teori yang agung dan yang menerapkan penemuan asasnya kepada masalah praktik yang penting baik dalam bidang industri mahupun dalam bidang perubatan. | UMUM | |
ARITMETIK | Aritmetik memberi jawapan kepada soalan seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’ dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan cara yang ringkas dan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan nombor. Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan ‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang penting matematik (lihat Matematik ). | UMUM | |
SKALA RICHTER | Skala yang memberi gambaran kekuatan atau keamatan gempa bumi di seseatu tempat. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
RANCANGAN COLOMBO | Rancangan Colombo memberi bantuan pembangunan ekonomi negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara dan juga rantau Pasifik. | UMUM | |
SEMAFOR | Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan menggunakan sasaran atau bendera. Setiap kedudukan sasaran mempunyai makna yang dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu set arahan bendera yang standard boleh mengeja abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia , seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka dieja, tetapi beberapa arahan merupakan perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G. Bendera Semafor digunakan oleh anggota angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan seminit. Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik). | UMUM | |
SIREN | Siren ialah alat yang digunakan untuk membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan. Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai amaran serangan udara. | UMUM | |
SAKSI | Saksi ialah orang yang memberi testimoni semasa prosiding kehakiman, perundangan atau pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi melarang amalan mengangkat sumpah, saksi bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang menandatangani surat cara undang-undang, contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan saksi. | UMUM | |
NARKOTIK | Narkotik adalah bahan yang memberi kesan tekanan yang kuat kepada sistem saraf manusia. Bahan narkotik menyebabkan pengambilnya tidak merasai kesakitan, hampir pengsan, tertidur atau koma, berdasarkan jumlah yang diambil. Perkataan Narkotik berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud untuk menjadi kebas. | UMUM | |
LUDWIG, HERMANN | Ahli sains dan ahli falsafah Jerman yang banyak memberi sumbangan dalam bidang fisiologi, optik, akustik dan elektrodinamik pada abad ke-19. | FIZIK | Tokoh |