SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
TANAH FULLER | Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika. Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat Penyerapan dan penjerapan ). | UMUM | |
KOSMETIK | Kosmetik ialah bahan yang digunakan pada tubuh seseorang untuk membersihkan, menambah kecantikan, atau mengubah perawakan seseorang. | UMUM | |
DISINFEKTAN | Disinfektan ialah sebarang bahan yang memusnahkan kuman pada objek tak bernyawa. Disinfektan yang lazim ialah bahan kimia yang kuat yang digunakan untuk membersihkan pakaian atau tempat tidur, bilik orang sakit, dan peralatan dan juga barang kegunaan untuk memasak. | UMUM | |
KERI | KERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat daripada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BERTAPA | BERTAPA, usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang. Bertapa juga disebut ‘tapa’ yang membawa makna yang serupa. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
SUGI | SUGI, alat yang digunakan untuk mencungkil atau membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi ataupun yang terbenam di dalam lubang gigi yang berkawah. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TAJAK | TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah. Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat. Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi. Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm. Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SEJUK KAKI | Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia menyerupai reput fros yang ringan hinggalah kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar, pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros, dengan membersihkan kaki, berehat dan mengembalikan peredaran darah. | UMUM | |
KEBANGKITAN TERENGGANU | KEBANGKITAN TERENGGANU, penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh pentadbiran British di Terengganu. Peraturan baharu tersebut termasuklah mewajibkan mengambil pas dan membayar 50 sen setahun sebelum membuka atau membersihkan tanah, membuat petempatan sementara, melarang memburu binatang tanpa lesen, tidak boleh membawa senjata, dan membayar cukai tanah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |