MIKROSKOP ELEKTRON | Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. | UMUM | |
MIKROSKOP | Mikroskop ialah alat yang membesarkan objek yang terlampau kecil supaya mudah dilihat. Mikroskop tergolong dalam salah satu alat yang paling penting dalam sains. Contohnya doktor dan ahli biologi, menggunakan mikroskop untuk memeriksa bakteria dan sel darah. Ahli sains dan jurutera bahan menggunakan mikroskop untuk mengkaji struktur hablur di dalam logam dan aloi (campuran logam) dan memeriksa cip komputer serta peranti kecil elektronik lain. Pelajar biologi pula menggunakan mikroskop untuk memerhati dan mempelajari tentang alga, protozoa dan organisma bersel tunggal yang lain. | UMUM | |
SARANG | Sarang ialah tempat yang disediakan oleh haiwan untuk membesarkan anaknya. Lihat juga Burung (Membina sarang; gambar: Jenis sarang burung) ; Haiwan (Tempat tinggal); Lebah (koloni lebah madu); Penyengat; Semut (Sarang); Sup sarang burung; Tebuan; Tupai (tempat tinggal) . | UMUM | |
KODOK SURINAM | Kodok Surinam ialah kodok berbentuk ganjil yang terkenal kerana cara luar biasa ia membesarkan anaknya. Ia dinamakan sempena nama Surinam, sebuah negara di timur laut Amerika Selatan, di tempat ia mula-mula ditemui. | UMUM | |
OTOSKOP | Otoskop ialah alat yang digunakan oleh doktor untuk memeriksa gegendang telinga. Otoskop terdiri daripada kanta pembesar dan cahaya yang dihidupkan oleh kuasa bateri. Cahaya ini menerangi gegendang telinga dan kanta pembesar membesarkan imej kira-kira enam kali ganda. Otoskop membolehkan doktor melihat perubahan di dalam gegendang telinga yang disebabkan oleh infeksi dan penyakit. | UMUM | |
MIKROSKOP | Mikroskop ialah alat optik yang dapat membesarkan objek kecil yang tidak dapat dilihat strukturnya dengan mata kasar. | FIZIK | Alat/Alatan |
PERISKOP | Periskop ialah alat optik yang membolehkan seseorang membuat pemerhatian dari satu jarak atau dari satu sudut. Periskop yang mudah mengandungi satu tiub panjang dengan cermin pantul atau prisma di setiap hujungnya. Permukaan pantul ini selari antara satu sama lain, dan diatur pada sudut 45 darjah pada paksi tiub berkenaan. Sesetengah periskop mempunyai kanta untuk membesarkan imej yang dilihat melalui tiub. | UMUM | |
NARASIMHAVARMAN I | Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di India selatan. Dia diingati terutamanya kerana membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu, India. Ia telah pun berkembang maju sebagai pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya yang masih ada menarik minat pelancong dan para sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata “Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three World”). | UMUM | |