Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bo.cor.kan] | ممبوچورکن

Definisi : 1. menjadikan bocor (tiris dll); 2. menjadikan diketahui orang (rahsia dll): ada orang yg telah ~ rahsia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bo.cor.kan] | ممبوچورکن

Definisi : 1 menjadikan bocor atau berlubang: Siapa yg ~ tayar basikalku ini? 2 memberitahukan atau membuka sesuatu rahsia kpd orang lain: Orang yg ~ rahsia kita ini akan menerima balasannya kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membocorkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
SEPUTUM

SEPUTUM (  ?  -1876), pawang yang dititahkan oleh Sultan Perak membunuh J.W.W. Birch.  Dia juga dikenal sebagai Sekutum. Dia berketurunan Melayu dan tinggal di Pasir Salak.  Seputum telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah melalui Dato’ Maharaja Lela supaya membunuh Birch. Dia juga diperintahkan supaya merahsiakan rancangan mereka itu.  Jika dia membocorkan rahsia, dia serta anak isterinya akan dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas