SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
MEYER, JULIUS LOTHAR | Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli kimia Jerman yang membuktikan perhubungan antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur. Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah membuka jalan ke arah perkembangan carta berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut tertib berat atom masing-masing di samping membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia (Jadual berkala). | UMUM | |
SMYTHE, PAT | Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya sebagai salah seorang ahli menunggang kuda wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun 1949, dia meraih gelaran penunggang pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa. Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia memenangi beberapa roset dengan menunggang Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda Antarabangsa di Stadium White City; London pada tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin. | UMUM | |
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998 | Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan negara-negara maju dunia. Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29 Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau dikenali sebagai ‘Rahim King’. | UMUM | |
MULLER, HERMANN JOSEPH | Muller, Hermann Joseph (1890–1967), ahli genetik Amerika. Muller telah membuktikan bahawa sinar-x boleh menghasilkan mutasi (perubahan mendadak pada gen) dengan mendedahkan lalat buah kepada sinar-x. Dengan hasil kajiannya ini, yang diterbitkan pada tahun 1927, dia telah dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1946 untuk fisiologi atau perubatan. | UMUM | |
KETERANGAN | Keterangan ialah maklumat yang cuba membuktikan atau menidakkan fakta yang dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi. Keterangan juga boleh berupa objek, seperti senjata pembunuhan yang kewujudannya atau kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang fakta yang menjadi persoalan. | UMUM | |
EHRLICH, PAUL | Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman. Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan bahawa suntikan pewarna tertentu dapat mengubati penyakit tropika tertentu. | UMUM | |
PROBET | Probet. Apabila seseorang meninggal dunia, wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat probet secepat mungkin selepas kematian orang yang membuat wasiat yang dikenali sebagai pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan, mahkamah biasanya akan mengeluarkan pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika wasiat itu tidak dibuat. | UMUM | |
HELMHOLTZ, HERMANN LUDWIG FERDINAND VON | Helmholtz, Hermann Ludwig Ferdinand von (1821–1894), ahli fizik Jerman, yang membantu membuktikan hukum keabadian tenaga. | UMUM | Umum |
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |