SUMPITAN | Kapsyen1"> :1"> Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak. Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang. Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan. Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung. Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya. Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m. | BUDAYA | Alat/Alatan |
M. AMIN | M. AMIN (1924- ), pengarah filem, penulis skrip dan pelakon. Dia lahir pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Amin bin Haji Iksan. M. Amin menuntut di Sekolah Bendang Panjang, Kuala Kangsar hingga Darjah Enam dan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Wangi, Setiawan pada tahun 1940. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia dipaksa menjadi konstabel polis Jepun dan ditugaskan memburu mereka yang menjadi ejen komunis. | BUDAYA | Tokoh |