SOAMES, LORD | Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik Konservatif Inggeris yang memegang jawatan sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979 hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980 dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan mendapat kemerdekaan yang sah. Soames mendapat pendidikan di Eton College dan Royal Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun 1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973 hingga tahun 1977. | UMUM | |
PLAYFORD, SIR THOMAS | Playford, Sir Thomas (1896–1981) ialah perdana menteri Australia Selatan dari tahun 1938 hingga tahun 1965. Dia menjadi perdana menteri selama 27 tahun, memegang jawatan tersebut lebih lama daripada perdana menteri lain di Australia. Semasa memegang jawatan tersebut, dia turut berkhidmat sebagai bendahari negara dan menteri imigresen. Kerajaannya memperkenalkan dasar yang menjadikan Australia Selatan sebagai pusat industri yang utama. Sebelum dia mengambil alih pentadbiran kerajaan, negeri itu lebih terkenal dalam bidang pertanian. | UMUM | |
LIGAMEN | Ligamen ialah tisu berserat yang memegang organ badan dan mengikat tulang. Ligamen terkumpul bersama dalam bentuk korda, jalur, atau lembaran. Ia adalah sekuat tali. Kehelan berlaku apabila ligamen yang meliputi sendi terkoyak atau terpiuh. | UMUM | |
DOMAIN AWAM | Domain awam bermakna hak untuk memegang atau memiliki harta kepunyaan awam dan bukannya individu. | UMUM | |
AUTOKRASI | Autokrasi ialah bentuk kerajaan yang hanya seorang memegang kuasa tertinggi. Pemegang kuasa ini tidak boleh disekat, menurut undang- undang, oleh mana-mana institusi atau kumpulan rakyat daripada melakukan apa yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin telah menggunakan pertanggungjawaban umum dan pilihan raya untuk menyembunyikan sikap autokrasi mereka. | UMUM | |
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON | Speelman, Cornelius Janszoon (1628–1684), memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda. Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia Timur Belanda sebagai pembantu. Selama bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta). | UMUM | |
RHEE, SYNGMAN | Rhee, Syngman (1875–1965), negarawan Korea yang memegang jawatan Presiden Republik Korea yang pertama pada tahun 1948. Dia meletak jawatan sebagai presiden pada tahun 1960, walaupun dipilih semula untuk menyandang jawatan presiden bagi penggal yang keempat. Ini berikutan terjadinya rusuhan yang meluas disebabkan amalan pilihan raya yang tidak adil. | UMUM | |
SYARIKAT PEMEGANGAN | Syarikat pemegangan ialah mana-mana syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan. Syarikat yang di bawah kawalan syarikat pemegangan disebut syarikat subsidiari. | UMUM | |
SUHARTO | Suharto (1921– ) ialah jeneral tentera Indonesia yang akhirnya memegang tampuk pemerintahan negaranya daripada Presiden Sukarno antara tahun 1965 hingga tahun 1967. Suharto menjadi Pemangku Presiden Indonesia pada tahun 1967 dan menjadi presiden penuh pada tahun 1968. Kemudian dia melancarkan suatu program yang membawa kepada pembaharuan yang gemilang bagi ekonomi negara tersebut. | UMUM | |
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE | Abrahams, Harold Maurice (1899–1978), memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378 meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100 meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod 10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian pentadbir atletik. | UMUM | |