Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELEMPAR TUKUL BESI

Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana

atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang

terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun

(7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang

yang disambung pada tukul dengan dawai keluli

sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2

meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan

bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter).

UMUM 
DATUK BATUAH

DATUK BATUAH (? -1950-an), ulama dan pemimpin politik Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ahmad Chatib. Dia memegang jawatan tradisi sebagai penghulu adat dari Koto Lawas (Padang Panjang) dan mendapat pendidikan agama daripada Syekh Haji Abdul Karim Amrullah. Dia ialah salah seorang pelopor penubuhan pembaharuan sistem pengajaran Islam dan pelopor Sekolah Agama Sumatera Thawalib.

1">       

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' KELANA SENDENG

DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872).

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas