ASHE, ARTHUR | Ashe, Arthur (1943–1993), pemain tenis Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain dengan pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam pertama yang memenangi kejuaraan perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara daripada pertandingan tenis pada tahun 1980. | UMUM | |
ANDRETTI, MARIO | Andretti, Mario (1940– ), menjadi salah seorang pelumba kereta Amerika yang paling cekap. Andretti memenangi kejohanan lumba kereta dunia Grand Prix pada 1978. Dia memenangi perlumbaan Indianapolis 500 batu (800 kilometer) pada 1969. Andretti memenangi kejohanan lumba kereta U.S. Auto Club pada tahun 1965 dan pada tahun 1966. Pada tahun 1966, dia menduduki tempat pertama dalam lapan perlumbaan dalam sirkit kejohanan Amerika Syarikat. Dia memenangi kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1969 dan pada tahun 1983. Andretti lahir dekat Trieste, Itali. Dia berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1955. Michael Andrett, anak lelakinya, juga menjadi pelumba kereta yang terkemuka. | UMUM | |
NORMAN, GREG | Norman, Greg (1955– ), pemain golf Australia yang dikenali sebagai The Great White Shark , memenangi Kejohanan Terbuka British pada tahun 1986 dan tahun 1993. Dia merupakan orang Australia yang ketiga memenangi acara itu. Pada tahun 1986, dia memenangi beberapa pertandingan besar dan berada pada kedudukan di tempat yang pertama di dunia. | UMUM | |
ARMSTRONG, DUNCAN | Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. | UMUM | |
NICKLAUS, JACK | Nicklaus, Jack (1940– ) ialah pemain golf Amerika, antara pemain terulung dalam sejarah sukan ini. Nicklaus pemain pertama memenangi keempat- empat gelaran golf yang utama sekurang-kurangnya dua kali. Dia memenangi Terbuka British pada tahun 1966, 1970, dan 1978. Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 1962, 1967, 1972, dan 1980; kejohanan U.S. Masters pada tahun 1963, 1965, 1966, 1972, 1975, dan 1986; kejohanan U.S. Professional Golfers’ Association (PGA) pada tahun 1963, 1971, 1973, 1975, dan 1980. Nicklaus juga memenangi kejohanan United States Amateur pada tahun 1959 dan tahun 1961 sebelum menjadi pemain profesional. | UMUM | |
ARCHER, FRED | Archer, Fred (1857–1886) ialah salah seorang daripada joki yang amat berjaya di United Kingdom. Dia memenangi 2748 perlumbaan. Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1885, apabila dia memenangi perlumbaan Guinea, Oak, Derby, St. Leger dan Grand Prix de Paris. | UMUM | |
STEWART, JACKIE | Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya. Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969, tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara pada tahun 1968 dan tahun 1972. | UMUM | |
WOODWARDS, ROBERT BURNS | Ahli kimia organik Amerika Syarikat yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1965 kerana sumbangannya dalam bidang kimia organik sintetik. | KIMIA | Tokoh |
STREEP, MERYL | Streep, Meryl (1949– ) ialah seniwati Amerika yang terkenal kerana kepekaannya dalam memaparkan pelbagai watak. Pada tahun 1979, Streep memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem Kramer vs. Kramer dan anugerah pelakon terbaik dalam Sophie’s Choice pada tahun 1982. Pada tahun 1978, Streep memenangi Emmy Award kerana lakonannya dalam drama televisyen Holocaust. | UMUM | |
SNEAD, SAM | Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan. Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana pukulannya yang kuat dan ayunannya yang lancar dan bersahaja. | UMUM | |