Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Kalau tiada emas sepiak,
     kerja di mana boleh jadi.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada semua cara manusia

menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk

memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak

manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja

untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat

berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk

memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan

mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat,

mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja

lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa

elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang

meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi

melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik,

dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih

mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan

pemprosesan data juga bergantung pada teknologi,

terutamanya elektronik.

UMUM 
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 
ORANG TEBUSAN

Orang tebusan ialah orang yang ditahan untuk

mendapatkan sesuatu tuntutan pembayaran secara

paksaan bagi memenuhi sesuatu perjanjian atau

tuntutan. Sekiranya perjanjian atau tuntutan itu

tidak ditunaikan, orang tebusan ini mungkin akan

dibunuh.

UMUM 
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM)Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut.KEJURUTERAANKonsep
SINAR KOSMIK

Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi

yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains

berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan

juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada

zarah subatom yang membawa satu cas elektrik,

seperti proton, elektron, dan nukleus atom.

Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada

kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan

cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat.

UMUM 
PERBONAN

Perbonan ialah satu kaedah untuk melindungi

kerajaan, individu, atau syarikat terhadap kerugian

yang disebabkan oleh ketidakjujuran atau

kegagalan pihak lain memenuhi kontrak atau

kewajipan tertentu. Bon diterbitkan melalui

penjamin dan syarikat insurans untuk tujuan

tertentu. Jenis bon yang digunakan untuk tujuan

ini termasuk bon kesetiaan, bon tanggungan dan

bon jaminan.

UMUM 
QANAAH

sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain

AGAMAKonsep
SISTEM EKONOMI ISLAM

Sistem ekonomi Islam ialah suatu kaedah

yang beroperasi mengikut lunas-lunas Islam dalam

soal penggunaan dan pengurusan sumber yang

berbentuk material untuk memenuhi kehendak

semua pihak.

UMUM 
EJAAN UNIVERSITI MALAYA

EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang  menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

BAHASABahasa
PROSTETIK

Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan

yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk

tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai

prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh

yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit

atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu

atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat

mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang.

(2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih

ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set

gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang

memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas.

UMUM 
1234

Kembali ke atas