Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.riah.kan] | ممرياهکن

Definisi : menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.riah.kan] | ممرياهکن

Definisi : menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BETITIK

BETITIK, persembahan muzik tradisional suku kaum Bajau di Sabah untuk memeriahkan sesuatu majlis atau upacara seperti majlis belang (majlis perkahwinan).  Persembahan betitik menggunakan alat muzik  yang terdiri daripada dua biji gong, dua biji gendang, dua biji bebandil dan sebiji kulintangan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ANGKLUNG

ANGKLUNG, alat muzik tradisional Indonesia yang diperbuat daripada buluh.  Permainan angklung telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Sunda di Jawa Barat untuk memeriahkan upacara seperti menuai,’turun bumi’ dan ‘seren taun’.  Permainan angklung dalam upacara tersebut adalah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan sambil menyanyi dan menari.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas