DAHAGA | Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan badan memerlukan air. Persekitaran dalaman badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab itu, manusia dan haiwan perlu mengawal pengambilan air. | UMUM | |
KATA KERJA TAK TRANSITIF | kata kerja yang tidak memerlukan objek. | BAHASA | Konsep |
PERCAMBAHAN | Percambahan ialah pertumbuhan biji benih. Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen, dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini, terutamanya keperluan terhadap kepanasan, berbeza-beza dari spesies ke spesies. | UMUM | |
AUTOMASI | Automasi ialah penggunaan mesin untuk melakukan kerja yang memerlukan keputusan dibuat. Automasi digunakan untuk berbagai-bagai jenis kerja yang sangat membosankan, kompleks atau berbahaya untuk dilakukan oleh manusia. | UMUM | |
KARATE | Karate ialah satu bentuk pertarungan yang tidak menggunakan senjata, yang memerlukan seseorang itu menendang atau menyerang dengan menggunakan tangan, siku, lutut, atau kaki. | UMUM | |
KONSONAN | Konsonan ialah huruf atau bunyi dalam ujaran yang memerlukan halangan nafas oleh lidah, gigi, atau bibir. | UMUM | |
MANGAN | Mangan ialah unsur logam yang rapuh, berwarna perak-kelabu. Semua tumbuhan dan haiwan memerlukan sedikit unsur ini. Mangan juga ialah bahan yang penting dalam keluli dan mempunyai banyak kegunaan perindustrian yang lain. | UMUM | |
TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
PROSEDUR PARLIMEN | Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan peraturan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen membantu pengerusi menjaga tertib semasa mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen, amalan parlimen dan peraturan tertib . | UMUM | |
KRIKET PERANCIS | Kriket Perancis ialah permainan yang ringkas, iaitu pemain hanya memerlukan sebatang kayu pemukul dan sebiji bola lembut. | UMUM | |