Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUASA MEMILIH

Kuasa memilih ialah suatu istilah bagi kebebasan

memilih. Kebanyakan orang mengandaikan

yang mereka memiliki kebebasan ini dalam membuat

keputusan.

UMUM 
SISTEM PENGURUSAN MEMILIHSistemPERTANIANKonsep
PILIHAN RAYA

Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih

calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya

diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai

organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan,

kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial,

kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam

dan persendirian.

UMUM 
PLEBISIT

Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap

sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud

pengundian para penduduk dalam sesebuah

wilayah untuk memilih negara yang akan

memerintah mereka. Plebisit pertama kali

digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice

dan Savoy mengundi untuk memilih atau

menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis.

UMUM 
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
EUGENIK

Eugenik ialah kaedah untuk meningkatkan baka

dengan memilih ibu bapa berdasarkan ciri warisan

UMUM 
MENGELE, JOSEF

Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman

yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan

perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di

Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia

II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang

zalim ke atas banduan, dengan tujuan

menghasilkan satu bangsa yang mempunyai

rambut perang dan bermata biru. Para banduan

menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”.

UMUM 
NICHOLAS II

Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus

pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana

muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang

memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus.

Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang

menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya

akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian

semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya

bermakna menerima, calon yang dicadangkan.

UMUM 
MENGUNDI

Mengundi ialah satu cara membuat keputusan

oleh sekelompok rakyat. Di banyak negara, rakyat

mengundi untuk memilih pemimpin mereka dan

untuk memutuskan hal atau isu awam. Orang

ramai juga mengundi untuk membuat keputusan

dalam kumpulan, seperti juri, kesatuan sekerja,

syarikat, dan kelab sosial. Rencana ini

membincangkan pengundian hubungan dengan

isu awam dan pengundian dalam pilihan raya

politik.

UMUM 
RIVERS, LARRY

Rivers, Larry (1923–2002) ialah pelukis Amerika

Syarikat. Bermula pada awal tahun 1950-an, Rivers

memilih lambang Amerika sebagai subjek

lukisannya. Subjek itu sama ada boleh menjadi

tema sejarah atau imej barangan komersial seperti

kotak rokok. Karya Rivers yang sengaja tidak

diidealistikkan membawa unsur yang

menggelikan tetapi semula jadi ironinya. Dengan

penggunaan imejan popular sebagai bahan

pendahuluan, dia sering dianggap pelopor

pergerakan seni pop. (Lihat Seni pop ).

UMUM 
1234

Kembali ke atas