Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
EPICTETUS

Epictetus (50?–138? M) ialah ahli falsafah Stoik

Yunani. Dia mengajar bahawa kita tidak sepatutnya

meminta supaya peristiwa berlaku mengikut

kehendak kita. Kita sepatutnya menerima peristiwa

yang berlaku.

UMUM 
STANISLAVSKI, KONSTANTIN

Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama

pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal

Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang

sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya

menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan

mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah

wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak

sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.”

UMUM 
PETRARCH

Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali

yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan

pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga

seorang sarjana yang dihormati sehinggakan

pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch

mendahului dalam menemukan kehebatan penulis-

penulis klasik dan membantu memulakan

pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai

humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy

mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya

Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang

terpadam dalam perpustakaan di biara-biara.

UMUM 
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
PASPORT

Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi

pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai

warganegara negara yang mengeluarkan dokumen

tersebut. Pasport juga meminta negara lain

memberikan laluan yang selamat dan segala

bantuan dan perlindungan undang-undang kepada

pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah

mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara

yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum

dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat

Visa).

UMUM 
PHILEMON DAN BAUCIS

Philemon dan Baucis ialah watak-watak utama

dalam satu legenda kecil Yunani purba. Philemon,

petani yang warak, hidup dengan isterinya yang

setia, Baucis di negeri Phrygia. Pada suatu hari, dua

orang pengembara datang ke rumah mereka

meminta untuk bermalam.

UMUM 
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM 
SCYLLA

Scylla, dalam mitologi Yunani, pada mulanya

merupakan seorang bidadari yang cantik. Penyair

Rom, Ovid menceritakan bagaimana dewa laut,

Glaucus, jatuh cinta dengan Scylla apabila Glaucus

melihat Scylla berjalan di pantai Selat Messina.

Scylla tidak mencintai Glaucus. Glaucus

mendapatkan bantuan tukang sihir wanita bernama

Circe. Circe pula meminta Glaucus mencintainya

dan bukan Scylla, tetapi Glaucus enggan

melayaninya. Circe menjadi sangat marah dan

menukar Scylla menjadi raksasa laut, yang

mempunyai tubuh separuh wanita dan separuh

ikan serta beberapa kepala anjing tumbuh dari

pinggangnya.

UMUM 
MINOR

Minor adalah orang yang masih di bawah umur. Di

kebanyakan negara, umur yang sah dari segi

undang-undang ialah 21 tahun. Namun kini, banyak

negara telah mengurangkan umur itu kepada 18

tahun. Umur dewasa adalah umur ketika seseorang

itu layak untuk mengundi, dan berkahwin tanpa

meminta keizinan ibu bapa. Ia juga merupakan

umur seseorang itu perlu bertanggungjawab

terhadap perbuatannya.

UMUM 
123

Kembali ke atas