Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mo.ran.dum] | ميمورندوم

Definisi : (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota ringkas tentang se­suatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mo.ran.dum] | ميمورندوم

Definisi : /mémorandum/ 1 catatan atau peringatan utk masa yg akan datang. 2 laporan dll mengenai sesuatu yg telah disetujui tetapi belum lagi ditandatangani atau disahkan. ~ persefahaman perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek usaha sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memorandum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASRAF

Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama

sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul

Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi

sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan

bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa.

Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga

pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa

Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas

kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu

dengan Huruf Rumi” dan

“Bunyi Bahasa Melayu

dalam Ucapan“, telah

dijadikan pegangan

dalam mengasaskan

ejaan baru dan sebutan

baku bahasa Melayu.

UMUM 
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen          :           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas