| ANSETT, SIR REGINALD | Ansett, Sir Reginald (1909–1981), mempelopori pengangkutan udara secara komersial di Australia. Reginald Miles Ansett lahir di Inglewood, Victoria. Dia memperolehi lesen juruterbang pada tahun 1929. | UMUM | |
| NORTHCLIFFE, VISCOUNT | Northcliffe, Viscount (1865–1922), penulis dan penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916. Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland. Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun 1905. | UMUM | |
| DE FOREST, LEE | De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub vakum yang dikenali sebagai triod atau audion, pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub vakum). | UMUM | |
| LEWIS, JOHN AARON | Lewis, John Aaron (1920–2001) ialah pemain piano dan penggubah Amerika. Pada tahun 1952, dia menubuhkan Modern Jazz Quartert, kombo yang paling kukuh dalam sejarah muzik jaz. Dia masih lagi berkhidmat sebagai pemain piano dan pengarah muzik. Lewis mempelopori perkembangan muzik aliran ketiga, iaitu gabungan muzik jaz dan klasik. Dia menggubah muzik untuk kumpulan jaz, orkestra besar, filem dan pertunjukan pentas. | UMUM | |
| BRAQUE, GEORGES | Braque, Georges (1882–1963) ialah pelukis Perancis. Pada awal tahun 1900-an, Braque dan Pablo Picasso mempelopori perkembangan kubisme, suatu gerakan gaya melukis yang mempunyai pengaruh besar terhadap seni lukis selepas itu. | UMUM | |
| R. AZMI | R. AZMI (1923-1974), penyanyi. Dia lahir di Kelang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Raja Azmi bin Raja Embeh. Dia mendapat pendidikan awal di Kelang dan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Pendidikannya tergendala apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. Dia berhijrah ke Singapura dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi R. Azmi merupakan salah seorang penyanyi yang mempelopori lagu-lagu Melayu ala Hindustan pada tahun 1950-an dan 1960-an. | BUDAYA | Tokoh |