Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.ya] | ممڤرکاي

Definisi : 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.ya] | ممڤرکاي

Definisi : menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLOVER

Klover ialah tanaman yang berharga yang

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan dan

untuk memperkaya tanah. Ia mengandungi banyak

protein dan mineral. Klover digunakan sebagai

rumput ternak, dan untuk membuat rumput kering,

dan silaj.

UMUM 
MENHADEN

Menhaden ialah ikan yang hidup di Lautan

Atlantik di luar pantai Amerika, dari selatan

Kanada hingga ke Brazil. Namanya berasal

daripada perkataan Orang Asli Amerika yang

bermakna yang memperkaya bumi. Menhaden

membesar dari 30 sentimeter hingga 46

sentimeter panjangnya dan beratnya dari 0.3

kilogram hingga 0.5 kilogram.

UMUM 
MISTRAL, FREDERICK

Mistral, Frederick (1830–1914) ialah penyair

Perancis yang popular dan menerima Hadiah Nobel

pada tahun 1904 bagi bidang kesusasteraan. Dia

menulis dalam bahasa Provencal moden, iaitu bahasa

di selatan Perancis. Mistral mengetuai pergerakan

pada tahun 1800-an yang dikenali sebagai Felibridge.

Pergerakan ini cuba menghidupkan semula tradisi

kesusasteraan dan memperkaya bahasa troubadour

Zaman Pertengahan (lihat Troubadour).

UMUM 
SUNGKUP

Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur

di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air

dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh

terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering,

clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun,

habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan

lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter

hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu

menyimpan air dalam tanah dengan

mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput

dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan

rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman.

Sungkup berharga kepada pekebun di rumah,

tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja

komersial.

UMUM 
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu.  Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu.  Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu.  Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu.  Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi.

BAHASAKonsep
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM 

Kembali ke atas