Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.luas] | ممڤرلواس

Definisi : menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.luas] | ممڤرلواس

Definisi : menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperluas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONTEZUMA

Montezuma ialah nama dua orang pemerintah

Aztek, di Mexico (lihat Aztek). Nama tersebut dieja

juga sebagai Moctezuma atau Motecuhzoma.

Montezuma I (1390?–1469?), menjadi maharaja

pada tahun 1440. Baginda menjadi terkenal sebagai

pemimpin tentera yang memperluas sempadan

Empayar Aztek hingga ke Teluk Mexico. Baginda

memulakan program pembinaan awam yang amat

besar. Baginda membina satu daik yang besar

untuk menyekat air Tasik Texcoco daripada

membanjiri ibu negaranya Tenochtitlàn (kini

Mexico City). Baginda juga membina akueduk

untuk membawa air tawar daripada mata air di

Chapultepec ke ibu negaranya.

UMUM 
PATIH UNUS

PATlH UNUS (1490-Y521), pemerintah Jepara (1507-1521).  Nama sebenarnya ialah Yat Sun dan nama ini lebih dikenal dalam tradisi sejarah Jawa atau sejarah Banten. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, salasilah keluarga Patih Unus berasal dari Kalimantan Barat.  Datuknya berasal daripada golongan rakyat biasa, yang merantau ke Melaka dan menjadi kaya melalui perdagangan laut.  Pada sekitar tahun 1470, dia berjaya mengambil alih kekuasaan daripada penguasa Jepara dan mengubah serta memperluas wilayah kekuasaan kota pelabuhan kecil tersebut menjadi salah satu kota pelabuhan dagang penting di pantai utara Jawa.  Sebagai pemerintah Jepara, datuk Patih Unus tetap mengakui raja Demak sebagai pemerintah tertinggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LANGKAT

LANGKAT,  bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera  Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau,  ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas