Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperluaskan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA

Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan

Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang

dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan

pertumbuhan, menghidupkan semula dan

memperluaskan kemahiran dan tradisi kraf

tangan.

UMUM 
SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah

penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun,

dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau,

Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji

mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia

kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan

Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya.

Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu

daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang

tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur

Tengah.

UMUM 
MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA

MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA, badan yang menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam pada peringkat kebangsaan. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada mulanya, majlis ini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Barat. Pada 17 Jun 1971, namanya ditukar kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, untuk memperluaskan lagi keahliannya ke negeri Sabah dan Sarawak.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
YPEIM

YPEIM,  yayasan yang diperbadankan untuk pembangunan ekonomi Islam Malaysia.  YPEIM ialah singkatan bagi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.  Yayasan ini diperbadankan di bawah Trustee Incorporation Act 1952, dan ahli Lembaga Pemegang Amanahnya yang pertama dilantik oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober 1976.  Bagi memperkemaskan struktur pentadbiran serta memperluaskan bidang aktivitinya, YPEIM telah disusun semula dan dilancarkan pada 20 Julai 1984.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BANGGAI

BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun     1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas