Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menjadikan sesuatu sbg pesona. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesona (kata nama)
Bersinonim dengan mantera, guna-guna, jampi, sihir;,
Kata Terbitan : mempesona, mempesonakan, terpesona,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIDDONS, SARAH KEMBLE

Siddons, Sarah Kemble (1755–1831) ialah

salah seorang pelakon tragik wanita England

yang paling agung. Dia mempesonakan penonton

dan pengkritik dengan suaranya yang nyaring,

kecantikannya yang menyerlah, dan penampilan yang berani.

Dia sering menjadi subjek penyair dan pelukis.

UMUM 
BURUNG CENDERAWASIH

Burung cenderawasih ialah nama yang diberi

kepada jenis burung tertentu yang mempunyai

bulu banyak warna yang mempesonakan. Bulu

ini tumbuh dalam banyak bentuk yang luar biasa.

UMUM 
NEW MEXICO

New Mexico (pend. 1 521 779) ialah negeri di

barat daya Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai

Taman yang Mempesonakan kerana

pemandangannya yang indah dan kaya dengan

sejarah. New Mexico pernah diperintah oleh

Sepanyol, dan pengaruh Sepanyol jelas kelihatan

pada nama tempat, makanan, dan budaya

percutian.

UMUM 
SAN FRANCISCO

San Francisco , California, ialah salah sebuah

bandar yang paling menarik di dunia dan

merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan

perindustrian yang utama di Amerika Syarikat.

Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang

mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan

bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan

alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana

juga membantu memberikan bandar ini reputasi

sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini

menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap

tahun.

UMUM 
RIMBAUD, ARTHUR

Rimbaud, Arthur (1854–1891) ialah pemuisi

Perancis. Dia menulis puisi utamanya semasa lima

tahun yang penuh gelora iaitu ketika berumur

antara 15 tahun hingga 20 tahun. Puisi pertama

yang menjadikan dia terkenal, ialah ‘Le Bateau ivre’

(“The Drunken Boat”, 1871). Dengan memerhati

sebuah bot mainan di dalam sebuah kolam di

taman, Rimbaud menggunakan daya khayalannya

dengan menggambarkan bot itu mengharung

lautan yang luas terbentang dengan pemandangan

yang mempesonakan.

UMUM 

Kembali ke atas