NAST, THOMAS | Nast, Thomas (1840–1902) ialah kartunis politik Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur Harimau Tammany yang dilukisnya menolong memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang diketuai oleh William “Bpss” Tweed di New York City. | UMUM | |
PHYFE, DUNCAN | Phyfe, Duncan (1768–1854) ialah pembuat kabinet dan pereka bentuk perabot Amerika yang terkenal. Phyfe mempopularkan gaya Persekutuan pada perabot Amerika. Dia meniru gaya ini daripada gaya neoklasik Inggeris yang terdapat pada pertengahan tahun 1700-an. | UMUM | |
KRUPA, GENE | Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama yang mempopularkan dram sebagai alat muzik solo. | UMUM | |
SAGAN, CARL EDWARD | Sagan, Carl Edward (1934–1996) ialah ahli astronomi, pengarang dan pendidik Amerika. Dia menjadi terkenal kerana jasanya yang mempopularkan sains. Sagan telah menulis beberapa buku, rencana majalah, dan kertas kerja saintifik. Dia ialah penulis utama dan pencerita ‘Cosmos’, siri televisyen yang popular. Siri tersebut membincangkan pelbagai isu sains. | UMUM | |
BRANDO, MARLON | Brando, Marlon (1924– ) menjadi pelakon Amerika yang terkemuka dalam generasinya. Dia mempopularkan gaya Method dalam lakonan pada tahun 1950-an yang menekankan teknik psikologi yang hebat. Brando mula terkenal apabila dia muncul pada Broadway pada tahun 1947 sebagai Stanley Kowalski dalam drama A Streetcar Named Desire. | UMUM | |
BURNSIDE, AMBROSE EVERETT | Burnside, Ambrose Everett (1824–1881) ialah jeneral Kesatuan dalam Perang Saudara Amerika. Namanya menjadi sebahagian daripada bahasa Inggeris kerana kejayaannya mempopularkan sejenis gaya jambang. Tabiatnya mencukur janggut di dagu dan membiarkan jambang tumbuh di pipinya telah melahirkan istilah burnside (jambang) yang kemudiannya berubah menjadi sideburn. | UMUM | |