Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muas.kan] | ممواسکن

Definisi : 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.muas.kan] | ممواسکن

Definisi : menjadikan puas; memberi dll hingga puas; menyenangkan; melegakan: Keputusan hakim itu ~ kedua-dua belah pihak. Hasil padi tahun ini ~ juga. ~ dahaga minum sehingga hilang rasa dahaga. ~ dendam membalas dendam. ~ hawa nafsu menurut kemahuan nafsu supaya puas hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NANAH

Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan

oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia

mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa

dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable,

yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang

memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa

nanah adalah “landable”. Bagaimanapun, doktor

mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara

badan boleh melawan jangkitan.

Lihat juga Abses.

UMUM 
API

Api . Kegunaan terawal api bagi manusia adalah

untuk memanaskan badan. Apabila peradaban

semakin maju, manusia belajar menggunakan api

dengan banyak cara lain. Manusia belajar

menggunakan api untuk memasak makanan,

membentuk senjata dan perkakas, untuk membuat

tembikar daripada tanah liat, dan untuk lampu.

Tetapi manusia awal mempunyai cara yang terlalu

perlahan dan agak tidak memuaskan untuk

menyalakan api.

UMUM 
PLAT BUKU

Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan

dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia

biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang-

kadang velum (kulit haiwan yang disamak dan

berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan.

Plat buku yang paling baik diukir melalui proses

mekanis. Label yang sederhana dicetak nama

pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku

lebih memuaskan, dan tidak mahal.

UMUM 
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat
TAIPING

TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British.  Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota.  Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya.  Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan.  Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883.  bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan.  Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas