PUISI BAHARU MELAYU | PUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia. | SASTERA | Karya |
BARA BATU | BARA BATU, kumpulan cerpen Arena Wati yang memuatkan 30 buah cerpennya yang pernah tersiar dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan sejak tahun 1969 hingga tahun 1979. | SASTERA | Konsep |
KISAH | KISAH, majalah bulanan cerita pendek. Majalah ini diterbitkan di Jakarta pada bulan Julai 1953. Selain memuatkan cerita pendek, majalah ini juga memuatkan sajak, esei dan kritik. Majalah ini memberikan hadiah untuk cerpen yang diterbitkan setiap tahun. H.B Jassin pernah membukukan 13 cerpen yang dimuatkan dalam majalah ini dengan jdul kisah: 13 Cerita Pendek (1955). | SASTERA | Penerbitan |
PUISI BAHARU MELAYU III | PUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. | SASTERA | Karya |
PUISI BAHARU MELAYU II | PUISI BAHARU MELAYU II, antologi puisi yang memuatkan 174 buah puisi karya 57 orang penyair. Antologi ini disusun dan diberi kata pengantar oleh Ali Haji Ahmad, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1961. | SASTERA | Karya |
SILLIMAN BENJAMIN | Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang mengasaskan American Journal of Science pada tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang. Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20 tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan menyunting buku teks kimia dan geologi. | UMUM | |
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
MUZIUM SENI METROPOLITAN | Muzium Seni Metropolitan di New York City ialah muzium seni yang terbesar di Amerika Syarikat. Muzium ini mengandungi lebih dua juta karya seni. Bangunannya dimiliki oleh kota New York, tetapi koleksinya menjadi milik perbadanan yang mengendalikan muzium itu di bawah piagam yang diberikan pada tahun 1870. Muzium ini mengadakan konsert dan ceramah di auditorium yang boleh memuatkan seramai 700 orang. Kedainya menjual buku seni, poster, dan reproduksi karya seni daripada koleksinya. | UMUM | |
MEKAR DAN SEGAR | MEKAR DAN SEGAR, antologi cerpen yang memuatkan hasil karya pengarang Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang digolongkan sebagai penulis angkatan baru. Antologi ini diterbitkan oleh Oxford University Press (OUP), Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan diulang cetak pada tahun 1960. Dalam cetakan kedua, terdapat sedikit tambahan dengan melampirkan catatan biodata setiap pengarang. Antologi ini dicetak oleh Craftman Press Ltd. Singapura, manakala kerja-kerja mengumpul dan menulis kata pengenalan dilakukan oleh Asraf, yang ketika itu bertugas sebagai ketua redaksi di OUP. | SASTERA | Karya |
DAMAI | DAMAI, kumpulan puisi karya A.S. Amin yang ditulis antara bulan Mei 1955 hingga tahun 1961. Kumpulan ini memuatkan sebanyak 46 buah puisi dan diterbitkan oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1965. Kebanyakan puisi dalam kumpulan ini mempunyai baris yang pendek, iaitu antara 7 hingga 20 baris sahaja. | SASTERA | Karya |