Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.di.ki]/[me.mu.di/.ki] | مموديقي

Definisi : belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.di.ki]/[me.mu.di/.ki] | مموديقي

Definisi : belayar mudik di (sesebuah sungai): Setelah dua hari ~ sungai itu, sampailah mereka di tempat yg dituju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memudiki


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NICOLET, JEAN

Nicolet, Jean (1598–1642) ialah penjelajah awal

Perancis di Amerika. Ahli sejarah percaya bahawa dia

merupakan orang Eropah yang pertama yang

memudiki Tasik Michigan dan mengembara di

wilayah yang kini dikenali sebagai negeri Wisconsin.

Tidak banyak yang diketahui tentang penjelajahannya

sehingga pada pertengahan tahun 1800-an apabila

catatan perjalanannya di bahagian barat ditemui

dalam Jesuit Relations.

UMUM 
SUNGAI LENA

Sungai Lena ialah jalan air utama di sebuah daerah

besar di timur Siberia. Sungai ini bermula di cerun

Pergunungan Baikal dan mengalir ke timur laut

sejauh 4400 kilometer. Sungai ini mengalir masuk ke

Lautan Artik melalui Laut Laptev. Delta sungai ini kira-kira

402 kilometer lebar. Kapal dapat memudiki

sungai ini sejauh 3200 kilometer.

UMUM 
SUNGAI MEKONG

Sungai Mekong ialah sungai yang terbesar di

Semenanjung Indochina. Panjang Sungai Mekong

lebih kurang 4000 kilometer dan mengalir ke

tenggara dari provinsi Qinghai, China lalu

membentuk sebahagian sempadan antara Thailand

dengan Laos. Sungai ini menyeberangi Laos,

Kemboja, dan Vietnam sebelum mengalir masuk ke

Laut China berhampiran Bandar raya Ho Chi Minh. Di

kawasan hilir deltanya, Sungai Mekong ini dikenali

sebagai Sungai Sai Gon. Lihat Thailand (peta). Kapal

hanya dapat memudiki Sungai Mekong sehingga

lebih kurang 550 kilometer. Lebih jauh ke pedalaman,

sungai ini dihalang oleh jeram dan beting pasir.

Lihat juga Asia (gambar: Sungai Asia).

UMUM 
SUNGAI MUSISUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan,  Indonesia.  Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi.  Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu.  Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi.  Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian.  Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir.  Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m.  Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil.  Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas