Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.kau] | مموکاو

Definisi : 1. mengenakan (membubuh) pu­kau; 2. ki memperdaya, mengakali, menipu; 3. memikat hati, mempesonakan, mengagum­kan: kerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kau] | مموکاو

Definisi : 1 mengenakan atau membubuh pukau. 2 ki memperdaya orang lain; menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukau (kata nama)
Bersinonim dengan bahan jampi, bahan serapah, ubat guna-guna;,
Kata Terbitan : memukau, terpukau,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S. EFFENDI

S. EFFENDI (1923 -       ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia.  Nama penuhnya ialah Said Effendi.  Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia.  Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya.  Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh.  Suaranya telah memukau pendengar.  S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi.  Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian.  Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah.  Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas