Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mun.tah.kan] | ممونتهکن

Definisi : 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mun.tah.kan] | ممونتهکن

Definisi : 1 mengeluarkan muntah atau benda-benda yg telah dimakan: Ia ~ kuih yg telah dimakannya. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak: Meriam itu ~ peluru ke arah kubu musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muntah (kata kerja)
Bersinonim dengan menjeluak, melilah, jelanak, jeluwek;,
Kata Terbitan : memuntahkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DISPEPSIA

Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada gangguan

penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala

seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati,

sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu,

dan memuntahkan makanan atau cecair berasa

masam.

UMUM 
SANG SAPURBA

SANG SAPURBA, (            ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia.  Menurut Sejarah Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru.  Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang.  Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak.  Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya.  Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah.  Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara.  Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat.  Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana.  Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas